Salam kepada semua pembaca, hari ini aku nak share cerita tentang seekor babi di Afghanistan. Tapi sebelum itu biar aku ingatkan kepada sekalian pembaca (walaupun tak ramai, aku tahu) yang cerita ini langsung TIADA KAITAN dengan mana-mana pihak, dan cerita mengenai babi tersebut TIDAK LANGSUNG DISAMAKAN dengan mana-mana manusia, termasuk kawan-kawan, ahli-ahli politik, pemain-pemain bola, artis seantero dan sebagainya. Terima kasih. Bayangkan diri anda seekor babi.
Babi di Afghanistan.
Pada suatu hari jam 4.50 petang, seekor babi di Afghanistan sedang berjalan-jalan di sekitar Kabul, tempat peperangan yang sangat terkenal di seluruh dunia. Mereka yang mahukan minyak selalu datang ke Kabul untuk mencuri minyak di situ. Mereka tidak perlu meminta izin rakyat Afghanistan untuk mengambil minyak disitu kerana minyak adalah percuma, atau gratis dalam bahasa Indonesia. Sedang babi itu berjalan-jalan di sekitar kabul, die melihat kesan-kesan kemusnahan di Afghanistan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di atas segala kacau-bilau di tempat itu. Lalu babi tersebut terus berjalan merentasi tanpa menghiraukan apa yang berlaku disekelilingnya.
BOOM!!!
Babi itu terkejut. Dia terdengar satu letupan kuat berhampiran tempat dia berjalan dan langsung babi itu bergegas ke tempat di mana dia mendengar letupan kuat itu. Tidak kurang lima minit berjalan, babi tersebut sampai di tempat kejadian. Sebuah rumah besar milik penghuni anak-anak yatim telah di bom oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mangsa-mangsa dan orang sekeliling bertempiaran lari, dek terkejut kerana terdengar letupan kuat yang menggegarkan hampir sepelaung jaraknya dari tempat kejadian. Babi itu melihat manusia berlari, menangis, menjerit, mengilai meminta pertolongan untuk menyelamatkan mangsa letupan tersebut. Babi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanyalah seekor Babi. Berkaki empat, tidak punya tangan, berbadan kecil, tidak memahami apa jua yang dikatakan oleh manusia.
Hendak ditolong, pasti manusia tidak akan menyentuhnya. Hendak dimakan, babi tidak makan daging manusia. Hendak bermain di lumpur berhampiran, ramai pula mangsa kejadian terdampar tanpa bantuan di situ. Lalu babi tersebut meneruskan perjalanan. Tidak sampai dua belas tapak kedua belah kaki di hadapan tiba-tiba sekeping benda yang agak besar jatuh dihadapan babi tersebut.
PSHHH!! KERANGGGGG!!
Babi terkejut beruk. Entah bagaimana benda besar yang sekeping itu boleh terjatuh dihadapan babi tersebut, dia pun tidak tahu. Babi bernasib baik kerana benda besar itu tidak menghempap dirinya, lalu babi tersebut beredar ke kiri untuk meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba babi tersentak. Terkesima. Terkemut sebentar. Imbasan pada benda besar itu menunjukkan seekor babi lain. Adakah itu babi lain atau itu cuma dia? Perasaan curiga mendalami babi itu. Tidak semena-mena tanpa berfikir babi itu mendekati cermin tersebut untuk menghilangkan rasa curiga yang bermain di minda nya.
"Aku jumpa seekor babi lain!!!", babi itu menjerit gembira didalam hati.
Babi menggerakkan kening kirinya. Babi di benda besar menggerakkan kening kanannya. Babi mengangkat kaki kanan hadapannya. Babi di benda besar mengangkat kaki kiri hadapannya.
Babi itu tersedar, bahawa dia adalah babi di imbasan yang terdapat di benda besar itu.
Terduduk babi itu dibuatnya kerana ada benda sebegitu rupa. Benda yang boleh menampakkan imbasan diri sendiri, dan mengikut apa jua pergerakan. Terasa bodoh babi itu.
"Rupa-rupanya aku sahaja satu-satunya babi yang berada di Afghanistan", kata babi itu kepada dirinya.
Babi itu kemudian duduk di hadapan benda besar itu.
"Mana rakan-rakan aku yang lain?", tanya babi itu.
"Macam mana aku boleh sampai di tempat ini?", tanya babi itu lagi.
Semuanya bagaikan satu mimpi, satu misteri, satu permainan bermain difikiran babi. Babi baru sedar yang dia tidak ada siapa di bumi Afghanistan. Babi baru sedar yang dia sebenarnya tidak pernah peduli tentang apa yang berlaku di bumi Afghanistan.
Babi kemudian menarik nafas panjang lalu menjerit sekuat hatinya,
"AKU PERLUKAN KAWANNNNNNNNNN!!!!!!"
Tiada respon daripada makhluk sekeliling.
"BABI BABI SEKALIAN!!! DI MANA ENGKAU!!!!"
Masih sama.
bersambung....
#947: BAGAIMANA KITA BERBELANJA?
6 years ago